MEMAHAMI TAUBAT DAN MENGENAL TAUBAT
A. PENGERTIAN TAUBAT
Taubat
atau dalam Bahasa Arabnya juga تَوْبَة (taubah) berasal dari
perkataan تَوَبَ (tawaba) yang dari segi bahasa bermaksud kembali.
Seseorang itu dikatakan تابَ (taaba – telah bertaubat)
sekiranya dia telah kembali dari melakukan dosa atau telah meninggalkan dosa
itu.
Adapun
dari sudut istilah, apabila dikatakan seseorang itu telah bertaubat maksudnya
dia telah kembali dari melakukan maksiat atau dosa terhadap Allah untuk dia
mentaati Allah. Jadi jelas kaitan di antara maksud taubat menurut bahasa dan
juga istilah Syaraknya.
B. PERINTAH BERTAUBAT
Adapun
tentang bagaimana perintah Syarak kepada kita sebagai manusia untuk bertaubat,
hal ini memang jelas dan banyak disebutkan dalam nas-nas Al-Quran dan juga
Sunnah. Antaranya firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا
أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Artinya : “Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang
beriman semoga kamu berjaya.” (Surah
Al-Nur, 24: 31)
Dalam
Surah Al-Zumar ayat ke-53 Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ
أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ
اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ
Artinya : “Katakanlah wahai
hamba-hambaKu yang telah melampaui batas ke atas diri mereka; janganlah kamu
berputus harapan dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan segala
dosa-dosa. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.” (Surah
Al-Zumar: 53)
Dalam
ayat ini Allah memberi peringatan kepada hamba-hambaNya yang melampaui batas ke
atas diri mereka; melampaui batas iaitu dengan melakukan dosa-dosa dan maksiat.
Juga
firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-135,
وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً
أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ
وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا
وَهُمْ يَعْلَمُونَ
Artinya : “Dan mereka (orang-orang
beriman) apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri,
mereka segera ingat akan Allah lalu meminta keampunan terhadap dosa-dosa mereka
dan siapa lagi yang dapat mengampunkan dosa selain Allah? Dan mereka tidak
terus menerus dalam perbuatan dosanya itu, sedang mereka mengetahui (kesalahan
dan akibat dari dosa itu).” (Surah Ali Imran: 135)
Jika
dalam ayat sebelum ini Allah memilih perkataan mereka yang ‘melampaui batas’,
dalam ayat ini pula Allah mengatakan mereka yang telah ‘menzalimi diri mereka’.
Mungkin kita tidak perasan; apakah maksud orang yang menzalimi diri mereka?
Orang yang menzalimi diri mereka adalah orang yang melakukan dosa dan maksiat.
Bagaimana dia menzalimi dirinya?
Dia
menzalimi diri sendiri kadangkala tanpa kita sangka. Barangkali ketika
melakukan perbuatan maksiat itu dia bersuka ria dan berseronok dengannya.
Tetapi realitinya dia menzalimi diri sendiri kerana perbuatan itu menambahkan
dosanya dan paling tidaknya di Akhirat nanti dia mendapat balasan buruk iaitu
Api Neraka. Perbuatannya akhirnya membawa mudarat dan binasa kepada dirinya.
Itu yang dimaksudkan menzalimi diri.
Tiga
ayat ini sudah memadai di mana faedah yang dapat diambil dari ketiga-tiga ayat
ini cukup banyak. Antara faedah yang dapat kita sebutkan;
1. 1. Kewajipan taubat. Seperti mana
firman Allah,وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا
(dan
bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah). Sepertimana sedia maklum, para
Ulama menjelaskan bahawa sekiranya ada perintah dari Syarak sama ada dari
Al-Quran atau Hadis, bererti hukumnya adalah wajib. Jadi apabila Allah
mengatakan bertaubatlah kamu sekalian, itu merupakan satu perintah dan perintah
membawa makna wajib. Maka hukum bertaubat adalah wajib.
2. Taubat menjadi kunci kejayaan.
Seperti mana Allah berfirman لَعَلَّكُمْ
تُفْلِحُونَ (semoga kamu
berjaya). Jadi sesiapa yang ingin tahu apa kunci kejayaan untuk hidupnya di
dunia apatah lagi di Akhirat, jawapannya antara lain adalah dengan bertaubat.
3. Jangan berputus harapan dari rahmat
Allah walau sebanyak dan sebesar mana pun dosa yang pernah
dilakukan. Walau apapun maksiat yang kita lakukan, dari sekecil-kecilnya
hinggalah sebesar-besarnya, baik perkara-perkara maksiat, bidaah, khurafat yang
mungkin selama ini kita amalkan dan kita percaya, jangan berputus harapan
bahawa pintu taubat terus terbuka.
Bahkan
walaupun perkara-perkara kufur atau syirik sekalipun, misalnya orang kafir yang
menyembah selain Allah, mensyirikkan Allah, tentu sahaja dia juga boleh
bertaubat. Ini kerana Allah berfirman, إِنَّ
اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا (Sesungguhnya Allah mengampunkan kesemua jenis dosa-dosa). Tidak
ada dosa yang dikecualikan dari pengampunan Allah. Jadi janganlah berputus
harapan dari mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
4.
Sifat
orang beriman adalah sentiasa mengawasi dirinya, memerhatikan tindak tanduknya,
atau secara ringkasnya sentiasa bermuhasabah. Firman Allah, maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka,
mereka ingat kepada Allah.” Ingat kepada Allah maknanya sentiasa muhasabah.
Dia
tidak sibuk tentang orang lain, dia lebih pentingkan dirinya kerana dia
bertanggungjawab ke atas dirinya dulu sebelum orang lain. Dia sentiasa
muhasabah kerana dia mengetahui, yakin dan percaya bahawa sehebat mana pun
dirinya pasti dia ada kesalahan dan kesilapan seperti mana disebut dalam hadis
Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
كُلُّ بَنِي آدَم خَطَّاءٌ وَخَيْرُ
الْخَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
Artinya
: “Setiap anak Adam melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan
kesalahan adalah orang-orang yang bertaubat.” (Hasan. Riwayat Ahmad)
Ini
adalah sifat orang yang beriman kerana orang yang sesat lagi menyimpang
sifatnya terbalik sama sekali. Kita perhatikan apa sifat orang menyimpang,
semoga kita tidak tergolong dalam orang yang mempunyai sifat ini. Firman Allah
dalam Surah Al-Kahf ayat ke-103 hingga 104,
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ
بِاْلأَخْسَرِينَ أَعْمَالاً الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيَهُمْ فِي الْحَيَاةِ
الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Artinya : “Mahukah kalian kami
ceritakan tentang mereka yang telah rugi di dalam amal perbuatan mereka? Iaitu
mereka yang telah sesat lagi menyimpang dalam usaha mereka semasa hidup mereka
di dunia sedang mereka menyangka apa yang mereka lakukan itu adalah baik.” (Surah
Al-Kahfi. 18: 103-104)
Ini
sifat orang-orang sesat. Adakah orang sesat lagi menyimpang mengaku bahawa
mereka sesat? Bahkan terbalik, semua orang yang sesat lagi menyimpang
mengatakan bahawa apa yang mereka buat adalah betul. Bahkan mereka mengatakan
apa yang mereka buat itu baik. Ini biasa kita dengar.
Sedangkan
realitinya ia tidak baik kerana ia menyalahi Syariat Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Ini adalah sifat orang yang tidak sedar diri, tidak sedar akan
kesalahan dan dosa yang mereka lakukan. Kalau tidak sedar, adakah harapan untuk
dia bertaubat? Jauh sekali kerana dia merasakan apa yang dia buat itu betul.
Inilah yang dapat kita lihat pada pelaku bidaah secara khasnya. Mereka
menyangka apa yang mereka lakukan adalah baik-baik belaka.
5.
Orang
yang beriman antara sifatnya apabila melakukan salah silap, dia akan cepat
ingat kepada Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana orang yang
beriman mengetahui bahawa salah silap yang dilakukan itu perlu kepada taubat
dan taubat yang dilakukan itu tidak lain dan tidak bukan hanya kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Dia hanya bertaubat kepada Allah dan sama sekali dia tidak akan
kembali kepada selain Allah.
Dia
tidak akan meminta keampunan daripada mana-mana Syaikh atau wali, dia tidak
akan meminta keampunan daripada mana-mana orang yang telah mati, nenek moyang
atau sesiapa. Dia tidak akan mendatangi mana-mana perkuburan untuk meminta
keampunan.
Jika
orang Kristian Katolik ada confession, di mana seseorang itu masuk ke
dalam sebuah bilik, paderi di sebelah, dia menceritakan dosanya dan paderi itu
pun mendengar, kemudian dosanya pun diampunkan, tetapi tidak ada praktik
sebegitu dalam Islam. Tidak ada mana-mana Ustaz, ulama dan sebagainya yang
dapat mengampunkan dosa sesiapa kerana itu hanya milik Allah Subhanahu wa
Ta’ala. Bahkan Nabi atau Rasul sekalipun tidak akan mempunyai kuasa untuk
mengampunkan dosa sesiapa pun. Kita sedia maklum bahawa Nabi sendiri tidak
dapat menyelamatkan bapa saudaranya.
6.
Orang
yang beriman tidak akan terus menerus dalam melakukan dosa dan salah silap.
Sebaliknya dia akan cepat-cepat kembali ke pangkal jalan apabila menyedari
kesalahannya. Dia tidak akan terus melakukan kesalahan itu; baik maksiat,
bid’ah, khurafat, apatah lagi kufur dan syirik. Sebaliknya dia cepat-cepat
meninggalkannya, berhenti daripadanya dan berlepas diri daripadanya. Maka perlu
kita ingat, kalau kita sudah sedar sesuatu kesalahan di mana sebelum itu
mungkin kita sangka betul, kita kena cepat berlepas diri daripadanya. Contohnya
muzik, bahkan ada satu istilah iaitu muzik Islam.
Kita
telah tekankan banyak kali bahawa tidak ada istilah muzik Islam seperti mana
tidak ada istilah syaitan Islam. Muzik adalah alunan Syaitan, seperti mana
Al-Quran adalah Kalamullah. Tidak boleh disamakan antara Al-Quran dengan muzik.
Al-Quran itu daripada Allah, muzik itu daripada Syaitan. Al-Quran itu pahala,
muzik itu dosa. Tidak ada istilah dosa Islam, tidak ada istilah Syaitan Islam,
maka tidak ada istilah muzik Islam.
Perkara-perkara
bidaah; kalau sebelum ini kita jahil, tidak tahu, tetapi pada hari ini kita
sudah tahu, contohnya yasinan, tahlilan, talqin, marhaban, barzanji, dan macam-macam
lagi perkara bidaah, kalau kita sudah sedar bahawa ini semua tidak boleh dan
bukan datangnya dari ajaran Islam, tanggungjawab kita adalah jangan kita
main-main lagi. Jangan kita kata “aku duduk je” dalam majlis bidaah dan
seumpamanya.
Siapa
yang memberi keamanan kepada engkau bahawa rumah itu tidak akan runtuh ke atas
engkau, sedang engkau berada di majlis yang dimurkai oleh Allah. Majlis-majlis
seperti ini sudah tentu tidak diredhai oleh Allah. Maka kalau dia sudah tahu,
dia kena cepat-cepat berhenti dan berlepas diri daripadanya.
C. CARA BERTAUBAT DAN BERLINDUNG DARI
DOSA
1.
Jika
dosa yang dilakukan itu adalah akibat dari kejahilan dan kealpaan, kerana tidak
tahu bahawa ianya dosa, atau sebelum itu dia menyangka ianya baik, maka cara
bertaubat daripadanya adalah dengan menuntut ilmu. Adapun sekiranya dosa yang
dilakukan itu adalah kerana tertewas dengan nafsu syahwat atau kerana terikut
dengan hawa nafsu, cara bertaubatnya adalah dengan bersabar dan mengharapkan
pahala dari kesabaran itu.
Lihat
bagaimana Syarak memelihara seseorang itu dari terjebak dalam kancah dosa atau
maksiat. Syarak antara lain menuntut supaya seorang itu berwuduk, ataupun
solat, ataupun berpuasa. Seperti mana dalam hadis di mana seorang itu kalau
hendak menghindari dirinya dari bertindak atas kemarahan yang tentunya akan
membawa kepada dosa, Syarak menuntut supaya dia berwuduk.
Solat
juga mampu mengekang seseorang itu dari terjebak kepada dosa. Firman Allah Subhanahu
wa Ta’ala,
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ
وَالصَّلَاةِ
Artinya
: “Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat.” (Surah Al-Baqarah, 2: 45)
Begitu
juga dalam ayat yang lain, firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,
إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ
Artinya : “Sesungguhnya solat itu
mencegah dari perbuatan keji dan munkar.” (Surah Al-Ankabut: 45)
Ini
semua untuk mengelakkan kita dari terjebak ke dalam kancah dosa dan juga
maksiat.
2. Berlindung dengan Allah. Ini kerana
barangsiapa yang mencari perlindungan dengan Allah di mana dia kembali kepada
Allah, tentu sahaja Allah akan membantu dan menolongnya untuk menewaskan dua
musuh ketatnya yang sentiasa berdamping dengannya untuk memusnahkan dirinya;
iaitu nafsu dan juga Syaitan. Seperti mana firman Allah,
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ
بِالسُّوءِ
Artinya : “Kerana sesungguhnya nafsu
itu sentiasa mendorong kepada kejahatan.” (Surah Yusuf, 12: 53)
Seperti
kita sedia maklum, syaitan juga adalah musuh ketat manusia. Jadi bagaimana kita
hendak berlindung daripada dua musuh ini adalah dengan kembali kepada Allah
seperti mana firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat ke-101,
وَمَن يَعْتَصِم بِاللهِ فَقَدْ
هُدِىَ إِلَى صِرَاطٍ مُّسْتَقِيمٍ
Artinya
: “Dan barangsiapa yang
berlindung dengan Allah, sungguh dia diberi petunjuk ke jalan yang benar.” (Surah Ali Imran, 3: 101)
3. Perlu ada perasaan takut bahawa akan
dipercepatkan kepadanya balasan perbuatan dosanya itu di dunia; iaitu dia
mungkin diharamkan dari memperoleh rezeki kerana dosa yang dilakukan, atau
ditimpa kemiskinan dan penyakit sekiranya dia terus menerus melakukan perbuatan
dosanya itu.
4. Memperelokkan makan minumnya, iaitu
hanya menjamah makan dan minuman yang halal. Ini sangat penting dan
Alhamdulillah masyarakat kita memberi kepentingan pada perkara ini, mereka
sentiasa memastikan adanya tanda halal pada makanan. Namun ini tidak menghalang
kita untuk terus memperkemaskan dan menjaga perkara ini. Dalam sebuah hadis
sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, Rasulullah sallallahu ‘alaihi
wasallam menyebut,
ذَكَرَ الرَّجُلَ يُطِيلُ السَّفَرَ
أَشْعَثَ أَغْبَرَ يَمُدُّ يَدَيْهِ إِلَى السَّمَاءِ يَا رَبِّ يَا رَبِّ
وَمَطْعَمُهُ حَرَامٌ وَمَشْرَبُهُ حَرَامٌ وَمَلْبَسُهُ حَرَامٌ وَغُذِىَ
بِالْحَرَامِ فَأَنَّى يُسْتَجَابُ لِذَلِكَ
Artinya
: “Seorang lelaki yang dalam perjalanan jauh (bermusafir) sehingga rambutnya menjadi
kusut dan badannya berdebu (tertekan dan kesusahan), dia mengangkat kedua
tangannya ke langit lalu berdoa: “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Sedangkan
makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan rezekinya dari sumber
yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya?” (Riwayat
Muslim)
Ini
doa secara umumnya, maka begitu jugalah dalam kita hendak bertaubat. Bagaimana
kita hendak meminta supaya Allah menerima taubat kita dan mengampuni dosa kita
kalau kita terus menerus bergelumang dalam dosa, menjamah makanan dan minuman
yang haram, pakaian haram, dan sumber rezeki juga haram.
5. Menjaga dengan siapa kita berkawan
dan bersahabat. Kita perlu beri perhatian pada perkara ini kerana saya
melihat adanya kelalaian dalam perkara ini secara khasnya. Perlunya kita
menjauhkan diri kita dari teman-teman yang buruk. Ini kerana banyak keadaan di
mana teman-teman kita inilah yang membawa kita kepada dosa atau membuat kita
terus di dalam dosa.
Akibat
tersalah memilih kawan, akibat duduk dengan kumpulan yang tidak baik membuatkan
kita terjebak dengan dosa dan sehingga kita terus menerus di dalam dosa kerana
kita mengekalkan kawan-kawan yang tidak baik ini. Ini seperti mana yang
disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ
وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا
أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ
رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا
أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
Artinya
: “Permisalan teman yang baik dan buruk adalah seperti penjual minyak wangi dan
tukang besi. Adapun penjual minyak wangi, sama ada dia akan menghadiahkan kamu
wangiannya, atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapat bau harum
darinya. Adapun tukang besi, sama ada dia akan membuat pakaianmu terbakar, atau
kamu akan mendapat bau yang busuk.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Maka
perhatikan teman kita, adakah dia seperti penjual minyak wangi atau adakah dia
seperti tukang besi. Penting bagi kita menjaga dengan siapa kita bergaul.
Adakah kita bergaul dengan orang-orang yang baik, orang saleh, orang sunnah,
atau adakah kita bergaul dengan orang-orang yang tidak baik, orang-orang yang
buruk, orang-orang yang melakukan maksiat, atau orang-orang yang melakukan
bid’ah, atau Khawarij.
Dari
hadis yang disebutkan, dapat dibuat satu kesimpulan bahawa seseorang itu mudah
terpengaruh dengan persekitarannya. Sekiranya persekitarannya baik, dia akan
mendapat faedahnya. Sepertimana kalau persekitarannya buruk, kawan-kawannya
buruk, kampung halamannya buruk, kawasan tempat tinggalnya buruk, tidak ada
masjid contohnya – dukacitanya ini banyak berlaku di kawasan orang kaya-kaya.
Rumah besar-besar, kawasannya luas, tetapi masjidnya tidak ada.
وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ
يُحْسِنُونَ صُنْعاً
Artinya : “Dan mereka menyangka bahawa mereka sedang hidup dengan sebaik-baiknya.”
(Surah Al-Kahfi, 18: 104)
Syarak
menitik beratkan persekitaran. Oleh kerana itu, Syarak turut menegah kita
meniru orang kafir, seperti mana dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,
sabda Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam,
وَمَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ
مِنْهُمْ
Artinya
: “Barangsiapa menyerupai suatu kaum maka dia tergolong daripada mereka.”
(Sahih. Riwayat Ahmad)
Maka
kalau seseorang itu menyerupai orang kafir, Rasulullah berkata dia tergolong
daripada kaum itu. Na’uzubillah.
Di
situ terdapat tegahan dan larangan dari kita menyerupai orang kafir sama ada
dari segi tingkah laku, tatacara, bahkan pakaian sekalipun kita perlu
berhati-hati. Barangkali ada yang bertanya apa masalahnya? Kita katakan, ia
bermula secara zahir, tetapi akan memberi kesan kepada hati.
Barangkali
pada mulanya kita menyerupai mereka dari segi tingkah laku, contohnya orang
kafir apabila bertemu sesama mereka mengucapkan “Hi! Hello!” kita pun
meniru mereka, melupakan memberi salam dan mengucapkan Hi, Hello, Good
Morning, Selamat Pagi dan sebagainya menyerupai amalan orang kafir. Ia
bermula dengan perkara sekecil itu tetapi akhirnya akan terkesan dalam jiwa.
Pada mulanya dia menyerupai orang kafir secara zahir, tetapi percayalah, kalau
dia tidak bertaubat daripadanya, lambat laun dia akan menyerupai orang kafir
secara batin. Dia menyerupai orang kafir seperti mana orang kafir.
Begitu
juga Syarak melarang orang Islam untuk tinggal di negara Kafir. Hal ini seperti
mana hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, Nabi sallallahu ‘alaihi
wasallam mengatakan,
أَنَا بَرِيءٌ مِنْ
كُلِّ مُسْلِمٍ مُقِيمٍ بَيْنَ أَظْهُرِ الْمُشْرِكِينَ
Artinya
: “Aku berlepas diri daripada semua orang Islam yang tinggal bersama-sama
dengan orang-orang musyrikin.” (Sahih.
Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Hadis
ini sangat jelas, tidak ada ruang untuk takwil. Ini sangat penting dan sangat
bahaya kerana dukacitanya kita melihat ramai yang mengambil mudah hal ini.
Berapa ramai orang Islam tinggal di negara orang kafir, dengan gembiranya lagi.
Kenapa dilarang umat Islam tinggal di negara kafir? Sebabnya sama; kerana
persekitaran akan memberi kesan kepada seseorang itu.
Maka
akhirnya kita melihat rata-rata orang Islam yang tinggal di negara orang kafir
adakah masyaAllah mereka menjadi orang-orang saleh belaka? Jangan kita lihat
pada minoriti. Dari persoalan kita, apa jadi kepada majoriti orang Islam yang
tinggal di negara orang kafir? Adakah janggutnya panjang, memakai jubah,
kopiah, wanitanya pula memakai purdah, jubah, anak-anaknya pula menghafal
Al-Quran, adakah begitu?
Jangan
kita tipu diri kita. Majoriti mereka terbalik. Sekali pandang nampak sama, si
Ali sama dengan si John. Kita tidak tahu hendak bezakan. Kita hendak beri salam
pun kita tidak tahu orang itu Islam atau bukan Islam. Ini realitinya.
Begitu
juga Syarak menegah daripada duduk bersama dengan orang-orang yang sesat lagi
menyimpang. Hal ini sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-An’aam ayat
ke-68. Allah berfirman,
فَلاَ تَقْعُدْ بَعْدَ
الذِّكْرَى مَعَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ
Artinya :“Dan janganlah kamu terus
duduk bersama kaum yang zalim setelah datang kepadamu peringatan.” (Surah
Al-An’aam, 6: 68)
Ini
juga perlu menjadi peringatan kepada kita khususnya kepada kita yang cinta
kepada Sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, yang ingin mendokong
sunnah Nabi dan menjauhi perkara-perkara khurafat, bidaah dan sebagainya.
Maka
kalau kita sudah tahu bahawa perkara ini dilarang dalam Syarak, perkara ini
maksiat, perkara ini bid’ah, bercanggah dengan Sunnah Nabi, maka jangan sama
sekali kita ambil mudah lagi. Jangan kita duduk juga dalam majlis tahlilan.
Jangan kita masih lagi memberi alasan “aku tak tahlil, aku duduk je”. Untuk apa
kamu duduk, adakah untuk mendapat berkat? Hendak ambil hati? Ambil hati siapa?
Adakah kita ingin mengambil hati orang-orang bid’ah dan menarik kemurkaan
Allah? Adakah kita sanggup buat begitu? Kerana apa yang pasti, Allah memurkai
majlis-majlis yang seperti ini, halaqah-halaqah yang seperti ini. Sekarang ada
halaqah-halaqah baru; halaqah Ya Hanana, Ya Banana. Ini apa? Mana ada
majlis-majlis seperti ini (dalam Islam). Apa yang pasti majlis-majlis seperti
ini bukan majlis zikir, tetapi lebih kepada majlis-majlis nyanyian dan joget
yang dimurkai oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Apakah
kita masih lagi mampu merasa aman untuk duduk di dalam majlis-majlis seperti
ini? Dikhuatiri tidak semena-mena kita terikut-ikut dengan apa yang dinyanyikan
kerana betapa mudahnya kita terkesan dengan persekitaran.
Dukacitanya,
manusia tidak mengambil perhatian tentang hal ini. Dia menjaga persekitaran,
tetapi persekitaran zahir semata. Kita semua setuju bahawa tidak ada siapa yang
hendak duduk dengan penagih dadah kerana khuatir nanti kita pun jadi penagih
dadah. Anak-anak kita, adik-adik kita, kalau ada orang hisap rokok kita kata
jangan duduk dengan dia kerana kita khuatir anak-anak dan adik-adik kita akan
hisap rokok. Ini kita faham. Sedangkan mudaratnya tidak lebih daripada mudarat
fizikal. Adapun mudarat kepada spiritual, akidah, agama, dan akhlak, kita tidak
memberi kepentingan. Sedangkan tentu sahaja mudarat agama jauh lebih bahaya
daripada mudarat fizikal seperti bergaul dengan penagih dadah dan penghisap
rokok.
6. Berlindung dengan Allah dari Syaitan
yang direjam seperti mana dalam surah Al-Fussilat ayat ke-36,
وَإِمَّا يَنزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ
نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Artinya
: “Dan jika engkau dihasut dengan hasutan syaitan maka hendaklah engkau meminta
perlindungan Allah, sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al-Fussilat, 41: 36)
D. TIDAK ADA SOLAT SUNAT TAUBAT
Tidak
ada istilah solat sunat taubat, seperti mana tidak ada istilah solat hajat.
Kerana apa yang pasti, para sahabat seperti mana dalam kisah Ka’ab bin Malik
dan dua rakannya yang tidak menyertai Rasulullah dalam peperangan Tabuk, mereka
bertaubat dan apa yang pasti Rasulullah tidak menyuruh mereka melakukan solat
sunat taubat.
Taubat
itu adalah dengan kita meminta keampunan daripada Allah secara umum. Tidak ada
kaedah-kaedah tertentu atau waktu-waktu tertentu yang dikhaskan. Walau
bagaimanapun ada waktu-waktu yang mustajab di mana dia boleh mengambil
kesempatan dari waktu-waktu mustajab itu untuk bertaubat; seperti ketika sujud,
sepertiga malam yang terakhir, hari Jumaat, dan seumpamanya.
E. TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA
Perlu
kita ketahui bahawa taubat tidak cukup hanya dengan melafazkan dan meminta
taubat daripada Allah. Sebaliknya, taubat itu dianggap sebagai taubat yang
benar apabila disusuli dengan tindakan-tindakan yang perlu diambil bagi
menunjukkan seseorang itu benar-benar telah bertaubat.
Maka
kita lihat, apakah tandanya bahawa taubat seseorang itu diterima;
1.
Setelah
bertaubat, seseorang hamba itu menjadi lebih baik daripada sebelumnya. Ini
tanda yang paling kuat dan jelas. Sesudah bertaubat, keadaan orang itu berubah.
Kalau sebelumnya dia melakukan maksiat, setelah taubat dia menjadi orang yang
saleh. Kalau sebelumnya dia melakukan bidaah, sekarang dia melakukan perkara
sunnah. Kalau sebelumnya dia melakukan perkara khurafat atau kufur dan syirik,
sekarang dia mempraktikkan Tauhid dalam ertikata yang sebenarnya.
2.
Terus
diselubungi rasa takwa dan takut terhadap dosanya dan tidak pernah merasa aman
dari siksa Allah walau sekelip mata. Jangan timbul perasaan merasa cukup
dengan taubat yang dilakukan, atau jangan terlintas dalam fikiran bahawa aku
sudah bertaubat maka habis cerita. Seolah-olah taubat itu pasti sudah diterima
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala. Kita bertanya, dari mana datang keamanan
itu? Apakah kita pasti bahawa taubat kita telah diterima?
Tidak
ada sesiapa yang boleh menjamin dan berkata kepada kita “Ya, taubat engkau
telah diterima.” Maka kerana itu, merasa aman dengan taubat yang dilakukan
perlu kepada taubat. Ini kerana perasaan seperti itu sendiri merupakan satu
dosa.
3. Berhenti dan berlepas diri dari dosa
yang dilakukan kerana penyesalan dan rasa takut. Dia tidak mengulanginya
lagi dan menyesal dengan dosa yang dilakukan itu. Dia merasa sedih dengan apa
yang telah dilakukan dan berharap dia tidak pernah melakukan dosa itu.
4. Lembut hatinya setelah bertaubat.
Hatinya merasa lunak dan merasa hampir kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
F.
DEFINISI
TAUBAT NASUHA
Taubat
Nasuha adalah satu istilah bahasa Arab bahkan disebut dalam Al-Quran. Nasuha
berasal dari kalimah yang sama dengan ‘Nasihat’ yang maknanya bersih, jujur
lagi benar. Taubat Nasuha bererti taubat yang benar lagi jujur, bukan kerana
sebab yang lain tetapi semata-mata kerana hendak bertaubat kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Hal ini disebut dalam Surah Al-Tahrim ayat ke-8,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ
ءَامَنُوا تُوبُوا إِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ
عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا
اْلأَنْهَارُ
Artinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan
taubat Nasuha (taubat yang benar). Moga-moga dihapuskan dari kamu dosa-dosa
kamu dan kamu dimasukkan ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya
sungai-sungai.” (Surah Al-Tahrim, 66:
8)
InsyaAllah,
moga-moga kita tergolong di dalam golongan yang apabila melakukan dosa mereka
bertaubat dan moga-moga taubat kita adalah taubat Nasuha, dan kita meminta
daripada Allah semoga Allah menerima taubat kita dan insyaAllah kita tergolong
di dalam golongan yang terselamat dari api Neraka di Hari Akhirat kelak dan
terus masuk ke dalam Syurga.
1.
Apabila
seseorang belum mendapat karunia Allah, misalnya belum mendapat nilai bagus.
Maka hendaknya ia senantiasa ….
a.
su’udzdzan kepada Allah
b.
husnudzdzan kepada Allah
c.
menyerah, karena belajar ternyata tidak ada gunanya
d.
tidak melanjutkan usahanya
e.
marah-marah
2. Di bawah ini adalah ungkapan
orang-orang yang husnudzdzan kepada Allah, kecuali ….
a. “Untuk apa Allah menciptakan lalat
yang hanya membawa penyakit saja”
b. “Alhamdulillah hujan telah turun”
c. “Untunglah dia tidak meninggal,
walaupun dia cacat”
d. “Allah tidak akan pernah
menyia-nyiakan mahklukn-Nya”
e. “Alhamdulillah, gurunya datang
sehingga nanti saya akan mendapatkan ilmu”
3. Di bawah ini manakah yang merupakan
manfaat sikap penuh inisiatif?
a.
lebih
mempunyai pandangan kedepan atau maju dalam hidup
b.
hidup
tidak mempunyai masalah
c.
hidupnya
monoton
d. mudah menjadi terkenal
e. hidup lebih senang
4. Diantara akhlak terpuji ialah
berinisiatif, contohnya antara lain sikap seperti di bawah ini, kecuali ….
a.
memprakarsai
suatu kegiatan
b.
berbuat
sesuatu setelah diarahkan pimpinan
c.
cepat
bertindak dalam situasi sulit
d.
menghindarkan
diri dari sikap ikut-ikutan
e.
menggunakan
nalar dan bertindak dengan kesadaran sendiri
5. Diantara sumber hukum Islam yang
utama selain al Quran adalah al Hadits. Kata "Hadis" menurut bahasa,
artinya ….
a.
bacaan d.
sumber hukum
b.
hukum Islam e.
kabar/baru
c.
bacalah
6.
kitab yang diturunkan Allah kepada rasul-Nya sekaligus
sebagai Rahmatal lil’alamin adalah
a. Zabur d.
Injil
b. Taurat e. Weda
c. Al Qur’an
7.
Dari
kitab Taurat sampai dengan Al Qur’an mempunyai aqidah yang sama yaitu
a. Perintah Allah d.
memerintah shalat
b. keesaan Allah e.
anjuran zakat
c. hokum neraka
8.
تركت
فيكم امرين ما ان تماسكتم بهما لن تضلوا ابدا كتاب الله وسنة رسوله ( رواه البخارى و مسلم)
Hadits
tersebut menunjukkan bahwa sumber hukum Islam adalah ….
a.
Al Quran d.
Qiyas
b.
Al Hadits e.
Al Quran dan Al Hadits
c.
Ijma’
9.
Di
bawah ini yang tidak termasuk Kutubussittah adalah ….
a.
Shahih Bukhari d.
Sunan Nasa’i
b.
Shahih Muslim e. Musnad Ahmad
c.
Sunan Abu Dawud
10.
Hadits
atas dasar segenap perkataan (ucapan) Nabi Muhammad SAW. disebut hadits ….
a.
Qouliyah d.
Mutawatir
b.
Fi’liyah e. Shahih
c.
Taqririyah
11.
Sedangkan
Hadits atas dasar segenap perilaku (perbuatan) Nabi Muhammad SAW. disebut
hadits ….
a.
Qouliyah d.
Mutawatir
b.
Fi’liyah e. Shahih
c.
Taqririyah
12.
Hasil
ijtihad merupakan dasar hukum Islam yang ke ….
a.
satu d.
empat
b.
dua e.
lima
c.
tiga
13.
Diantara
fungsi ijtihad adalah di bawah ini, kecuali ….
a.
sunber hukum Islam kedua setelah al Quran
b.
memperkuat hukum dan keterangan dalam Al Quran
c.
memperjelas terhadap ayat-ayat al Quran yang masih bersifat umum
d.
menetapkan hkum-hukum yang tidak ada dalam al Quran
e.
sumber hukum Islam yang ketiga
14.
Menetapkan
suatu hukum yang belum disebutkan secara jelas di dalam al Quran dan al Hadits
dengan cara menggunakan hukum dengan masalah yang sudah ada ketetapan hkumnya
secara jelas karena kedua masalah tersebut memiliki kesamaan sifat, disebut ….
a.
ijma’ d. istishlah
b.
qiyas e.
maslahah mursalah
c.
istihsan
15.
اذاحكم
الحاكم فاجتهد ثم اصاب فله اجران واذاحكم فاجتهدثم اخطأ فله اجر.(رواه البخارى و
مسلم)
Menurut
hadits tersebut, seseorang yang berijtihad ternyata salah atau tidak benar,
maka dia mendapat ….
a.
tiga pahala d.
tidak mendapatkan apa-apa
b.
dua pahala e.
siksa yang amat berat
c.
satu
16.
Sedangkan
seseorang yang berijtihad ternyata benar, maka dia mendapat ….
a.
tiga pahala d.
sia-sia
b.
dua pahala e.
siksa yang amat berat
c.
satu
17.
Pada
saat Nabi Muhammad SAW. mendapatkan wahyu pertama kali di gua Hira, sebagai
tanda diangkatnya beliau sebagai seorang Nabi atau utusan Allah. Maka strategi
dakwah Nabi Muhammad SAW. yang pertama adalah ….
a.
disampaikan kepada keluarganya
b.
disampaikan kepada sahabat-sahabatnya
c.
disampaikan kepada tetangganya
d.
disampaikan kepada masyarakat Mekkah
e.
disampaikan kepada seluruh umat manusia
18.
Nabi
mendapat wahyu pertama sebagai tanda kenabian pada umur…
a.
50 tahun d.
40 tahun
b. 60
tahun e.
25 tahun
c.
30 tahun
19.
Assabiqunal
Awwalun, artinya ….
a.
berhijrah d.
orang-orang yang pertama masuk Islam
b.
memberi wakaf e.
bersumpah setia
c.
berhaji
20.
47.
Sikap yang dimiliki Rasulullah SAW. dalam berdakwah adalah sebagai berikut,
kecuali ….
a.
tegas d.
ikhlas
b.
sabar e.
lemah lembut
II. Jawablah pertanyaan di bawah ini dengan
benar!
1.
Allah
SWT berfirman :
مَثَلُ الْجَلِيسِ الصَّالِحِ
وَالسَّوْءِ كَحَامِلِ الْمِسْكِ وَنَافِخِ الْكِيرِ ، فَحَامِلُ الْمِسْكِ إِمَّا
أَنْ يُحْذِيَكَ ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ
رِيحًا طَيِّبَةً ، وَنَافِخُ الْكِيرِ إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ ، وَإِمَّا
أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَة
a.
Tulislah kembali ayat tersebut di atas dan berilah harakat!
b.
Jelaskan isi kandungan ayat tersebut di atas!
2. Jelaskan tentang
husnuzan dan taubat!
3. Jelaskan 2
contoh perbuatan husnuzan Dan Apa
manfaat sikap husnuzan?
4. Jelaskan 4 fungsi hadis terhadap Al qur’an!
5. Jelaskan isi kandugan dari ayat di
bawah ini
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا تُوبُوا إِلَى اللهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا
عَسَى رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ
تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا اْلأَنْهَارُ © Mania Ilmu 2013 . Powered by Bootstrap , Blogger templates and RWD Testing Tool Published..Gooyaabi Templates